Akaun insanmalaysia.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

BANTUAN MINYAK MASAK KEPADA 2000 KELUARGA YANG TENGAH MENGHADAPI DETIK SUKAR KEHIDUPAN

BANTUAN MINYAK MASAK KEPADA 2000 KELUARGA YANG TENGAH MENGHADAPI DETIK SUKAR KEHIDUPAN

Situasi sejak Covid-19 menghentak Malaysia telah menyebabkan sangat ramai rakyat Malaysia hilang sumber pendapatan yang akhirnya menyukarkan mereka untuk menyara kehidupan diri dan keluarga.


Maka tidak hairanlah hari ini ramai dalam kalangan kita terpaksa mengibarkan bendera putih untuk mendapatkan bantuan terutamanya bantuan makanan.


Dalam meringankan bebanan, banyak pihak muncul memainkan peranan masing-masing.


Ada yang menyalurkan bantuan barang kebersihan, makanan asas, bahkan makanan sihat.



Menilai keadaan dan bantuan yang diberikan, Insan Malaysia hadir melengkapkan lagi bantuan untuk diberikan iaitu Minyak Masak Botol.


Bantuan Minyak masak ini perlu digerakkan serta merta di atas keperluan yang sangat mendesak terutama cara masakan rakyat Malaysia yang banyak melibatkan menggoreng atau menumis.


Sasaran500 botol 1 minggu
Keperluan2000 botol 1 bulan
Penerima manfaat2000 keluarga 1 bulan
LokasiSekitar Selangor & Kuala Lumpur


Kami ingat lagi luahan makcik yang menerima bantuan minyak masak botol ini

"Terima kasih banyak sudi bagi makcik minyak masak ni. Sebab minyak masak kat rumah memang dah hitam asyik ulang guna."

Nak beli minyak pun fikir baik beli makanan. Suami pun dah susah nak dapat kerja sekarang ni.


Kenapa minyak masak botol dipilih:

  • Menjadi keperluan utama kegunaan hampir setiap hari.
  • Mengurangkan kadar penggunaan minyak masak yang sama berulang kali kerana kerana kesannya yang tidak baik pada kesihatan.
  • Mengurangkan risiko daripada terdedah menggunakan minyak yang telah dikitar semula.
  • Memudahkan urusan penyimpanan dan memberi jaminan kebersihan yang lebih baik.

Insan Malaysia nak cari RM3,500 sahaja seminggu.


Jika ada 500 orang yang budiman, maka RM7 seorang pun sudah memadai untuk kita bantu 500 keluarga setiap minggu.


Semoga Allah membalas setiap sumbangan tuan puan dengan limpahan rezeki yang berterusan serta kesihatan yang baik, InsyaAllah.


Jangan sesekali berkira dengan apa yang Allah dah bagi kat kita. Kerana padanya pasti ada bahagian orang lain. Tak kira diaorang minta atau pun tak minta. Ingat pesan Allah dalam Al-Quran. “Apa yang ada pada kamu akan lenyap. Apa yang ada pada Allah itulah yang kekal” [Surah An-Nahl ayat 96]